Sunday, February 28, 2010

TENANCY AGREEMENT ENDORSED BY LHDN

Hari Khamis lepas aku uruskan tenancy agreement rumah sewa abg aku kat Taman Medan... Tenant dah sign pada agreement tu and basicly he agreed with all the term & condition stated in the agreement. At first abg aku ingat kene endorsed agreement tu kat pesuruhjaya sumpah.. Rupa2nye kene pi matikan setem hasil...

Dia bagi setem hasil bernilai RM10 dan suh aku setelkan coz he quite busy... Aku pun pi la ke LHDN, Plaza Perangsang Shah Alam, tingkat 9... Nasib baik orang tak ramai...  Tanya abg kat kaunter, dia pon explain la document yg perlu aku isikan terlebih dahulu.

Rupa2nye LHDN ade standard fee mengikut jumlah sewaan dan tahun sewaan. Bagi tenancy agreement umah Taman Medan, nilai sewaan ialah RM650 selama setahun. Oleh itu jumlah fee utk matikan setem ialah RM22. Bagi aku fair enough la.. Tak mahal sangat...

Kepada sesiapa yang nak matikan setem hasil utk tenancy agreement, make sure dah fill in borang2 di bawah ni dahulu sblm proceed ke kaunter

1) LHDN PDS 1

 

2) LHDN PDS 49A
Make sure before fill in form ni mintak carbon sheet kat kaunter coz ade 2 keping form yang sama perlu diisi.. Ade carbon sheet tu sng la skit... tak perlu la tulis 2 kali.... Jimat masa n jimat tenaga.



Selesai saje isi sume form just hand over to person at counter dan dia akan tgk and go through tenancy agreement tu... Aku tgk dia selak2 jek... Tak baca sangat pon. Prepare cash and bayar ape yg sepatutnye..
Itu saja. Semudah ABC...hahahah




1 comment: